Thursday, April 30, 2009

:: bersedia utk itu...(dari langitilahi.com)











-petikan ini diambil darri blog www.langitilahi.com .. article sebenar, klik sini..
-saya xterlibat dalam sebarang sudut bkaitan article ini (coz my prinsip, bnda yg bmain di hati, cukuplah antara aku dan tuhanku..), tapi coz ni permintaan from my respected person + my cousin pun suruh, saya post loo.. jgn xkomen!!













Semalam, saya buat exercise sikit. Bukan bersenam training volleyball, sebab hari Ahad, Selasa, dan Khamis dikhaskan oleh akhawat kerana mereka mempunyai latihan untuk Kejohanan KARISMA yang akan berlangsung sekitar dua minggu lagi.



Saya excercise dengan memasak, cuci pinggan mangkuk, dan mengemas rumah sekaligus memvakumnya. Dan sejak kebelakangan ni, saya macam addict dengan buat semua benda tu.



Kenapa ya?



Ada satu rasa menolak-nolak saya sebenarnya untuk melakukan semua itu.
Persediaan ke arah itu.



Itulah yang menolak saya rasanya.



Saya, hakikatnya tidak pernah percaya bahawa perempuan itu diciptakan untuk melakukan segala macam kerja rumah, yang kita nyatakan sebagai ‘kerja perempuan’.



ALLAH SWT berfirman, “ Lelaki itu adalah pelindung bagi wanita, hal ini kerana ALLAH telah melebihkan mereka(lelaki) atas sebahagian yang lain(perempuan)” Surah An-Nisa’ ayat 34.



Ayat ini selalu digunakan oleh lelaki sebagai melemahkan perempuan. Tetapi pada saya, ayat ini adalah bukti bahawa, lelaki bertanggungjawab, diberi amanah, oleh ALLAH untuk menjaga wanita dengan sepenuh jiwa raganya. Ini bukan menunjukkan kerendahan wanita, bahkan menggambarkan kepentingan mereka.



Pada saya, tugas perempuan yang utama adalah melahirkan zuriat, kemudian mentarbiyah anak-anak itu bersama suaminya agar membesar dalam ketaatan kepada ALLAH SWT.





Perempuan hakikatnya adalah guru pertama manusia, dan benteng utama dalam menjaga ummah serta menjamin masa depan.



Justeru, saya rasa bertanggungjawab untuk melatih diri saya menjadi seorang lelaki yang baik.





Saya merasakan bahawa, saya perlu bersedia untuk menjadi suami yang baik kepada isteri saya.





Sebab saya yakin, isteri saya adalah perempuan yang baik. Perempuan yang baik, hanya layak untuk lelaki yang baik. Jadi saya perlu berusaha untuk menjadi baik.



“ Dan perempuan-perempuan yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik itu pula adalah untuk perempuan-perempuan yang baik” Surah An-Nur ayat 26.



Saya hendakkan bahawa nanti, isteri saya mempunyai banyak masa bermain dengan anak saya dan mengajarnya berbagai perkara. Saya mahukan, isteri saya punya waktu untuk membacakan Al-Quran kepada anak-anak saya sebelum mereka tidur.

Saya mahukan, isteri saya punya waktu untuk membacakan sirah kepada anak-anak saya ketika masa lapang. Saya mahukan isteri saya melimpahkan senyumannya yang manis kepada anak-anak saya, saya mahukan isteri saya mengeluarkan kalam-kalam yang indah ketika dia berbicara dengan anak-anak saya. Saya mahukan isteri saya sentiasa ceria, dan enjoy dengan kehidupannya mentarbiyah anak.



Jadi, tugas saya adalah membina suasana agar isteri saya dapat melakukan semua itu. Apa yang saya nampak, perkara pertama yang saya boleh lakukan adalah, meringankan tulang membantunya dalam kerja rumah.



Saya tidak mahu isteri saya rasa tertekan dengan merasakan yang dia diperhambakan atas segala kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah, menyidai pakaian dan melipat kain serta sebagainya.



Memang, takkan isteri saya tak buat kerja rumah langsung. Saya pun, tidak berhajat hendak menggaji orang gaji.



Tetapi bila isteri saya memasak, saya harap saya boleh ada di sampingnya memasak bersama.





Bila isteri saya menyidai kain, saya ada di sisi membantunya. Bila dia hajat nak mengemas rumah, saya meluang masa bersamanya membantu. Bila dia nak lipat kain, saya duduk bersamanya melipat kain juga.



Saya nak isteri saya rasa bahawa saya berkongsi dengan dia segala tanggungjawab di rumah ini.





Saya hendak isteri saya tahu bahawa, saya menghargainya dan tidak menganggap dia lebih rendah dari saya atau sebagainya. Saya hendak isteri saya tahu bahawa, dia sentiasa saya anggap mulia di dalam hati saya. Saya hendak isteri saya tahu yang dia adalah pendamping saya yang amat saya hargai. Saya hendak isteri saya tahu, dia tidak berkeseorangan mengurus rumah. Dia ibu kepada anak-anak saya, dan dialah guru pertama anak-anak saya. Saya akan menjaganya sepenuh jiwa raga saya.



Takkan saya hendak anak saya berguru dengan seorang yang rajin tension, selalu marah-marah, murung sentiasa, kerana tertekan dengan segala kerja rumah yang dia sangka dia kena buat semua itu seorang diri. Saya tidak mahu sekalipun anak saya mendengar kata-kata sebegini,



“ Tengokla ayah kau tu. Penat je ummi buat itu buat ini… sok sek sok sek… dia bukan nak tolong pun”



Semua itu akan merosakkan tumbesaran anak saya. Sedangkan, saya dan isteri saya bertanggungjawab ke atas mereka.



“ Setiap bayi itu lahir di atas fitrah(ISLAM), kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya yahudi, atau nasrani atau majusi…” Al-Hadith.



Saya adalah orang yang percaya bahawa, tugasan dakwah pertama adalah menyeru kepada diri sendiri, seterusnya kepada keluarga, seterusnya kepada masyarakat. Maka keluarga saya adalah mad’u saya. Keluarga saya adalah apa yang akan saya uruskan terlebih dahulu. Hak-hak keluarga saya adalah yang akan saya penuhi terlebih dahulu.



Jadi, untuk semua impian saya itu, maka saya rasa, saya wajib mempersiapkan diri saya mulai sekarang. Mula mengurangkan sebanyak mungkin maksiat yang berselirat dalam hidup dan yang cuba menjengah, sebab saya tidak mahu ayah kepada anak-anak saya, suami kepada isteri saya adalah seorang ma’asi(pemaksiat). Mula mendidik diri untuk kemas dan bersih, sebab saya hendakkan anak dan isteri saya sentiasa kemas, bersih. Mula mendidik diri untuk rajin dan ringan tulang dalam hal-hal kerumahan, sebab saya hendakkan anak dan isteri saya hidup dalam suasana tenang dan lapang, tidak serabut dan tertekan. Semuanya adalah kerana saya hendak keluarga saya hidup dalam ketaatan kepada ALLAH.



“ Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka” Surah At-Tahrim ayat 6.



Harapan dan impian ini, adalah yang membuatkan saya tidak kisah masak, bersihkan rumah, sidai kain, lipat baju, kemas bilik, berulang-ulang kali. Malah, rasa addict pula dengan semua tu.





Asyik rasa nak pertajamkan skill lagi dalam hal-hal kerumahan ni.



Seronok sebenarnya. Saya belajar di universiti, balik rumah masih boleh memasak, menulis


berkarya, sempat vakum rumah, sempat beribadah, sempat training volleyball dan sebagainya.





Penat? Saya puas la dengan kehidupan macam ini.



Kadang-kadang, rasa insaf pun ada. Patut la ibu saya, kalau balik dari kerja, tak naik tingkat atas terus. Dia uruskan hal-hal dapur dulu. Bukan senang tau nak sediakan makanan. Tambah pulak nak kemas rumah, basuh baju, sidai kain dan sebagainya.



Saya akan usaha lagi. Bersedia untuk menjadi suami dan bapa yang baik.



Suami kepada isteri saya.



Bapa kepada anak-anak saya.



Hidup bersama dalam ketaatan kepadaNya.

Tuesday, April 28, 2009

Nasihat dari SeoraNg Roomate

utk sem depan..actually saya xnak join apa2 event... kononnya nak focus kpada ibadah la.. nak grab bulan Ramadhan yg mulia.. maklumlah kan...bila ada event... amalan2 sunat ni, susah sikit nak buat..ye la..cthnya.. kalau ada meeting dan majlis....mesti la start lpas isyak..dah terlepas terawih.. pastu kalau majlis habis pukul 12, nak tahjud apanya..badan kepenatan


then.. haritu..mengomel la ngan roomate..


luqman: aku xnak join event la... aku nak pulun ramadhan tahun ni.


roomate: apa hebatnya beribadat dalam suasana tenang.


luqman : gluup


betul gak kata roomate saya.. kalau pahlawan2 islam semua consider nak pulun ibadat je, sapa yg nak sebarkan islam.. + ..selaku umat islam, kita nak tak nak..termasuk dalam golongan yg hebat... so...mesti kita mampu balance antara gerak kerja Islam dan guna amalan2 sunnat...


so, dipendekkan citer...saya pi la interview....


just satu je xsuka..coz masa interview , peng'interview' xcakap pun kena balik 2 weeks awal... coz..kalau 2 weeks, no way saya akan join..coz MY MOTHER AND FATHER IS MORE IMPORTANT... pada saya..masa kita belajar ni la yg senang nak jumpa mak bapak.. bila kita dah kerja, comfirm sibuk...so , saya sangat hargai semua masa cuti utk berada di rumah... tapi nak buat macam mana, xkan nak mengamuk kpada si peng'interview'...sabo je la


anyway...doakan utk final yg akan kunjung tiba... yamatta

roomate ku yg cool

Wednesday, April 22, 2009

MereKa YanG TerSenyuM

maaf yeaa... post yg bertajuk mehnah/cabaran dalam perjuangan..saya dah delete coz


masa dulu..sebelum start buat blog...ada seorg kawan suruh buat blog coz dia kata boleh sebarkan idea dan boleh share ngan org...


tapi waktu tu... saya xnak buat coz


dalam buku 'Kenanganku Bersama Ikhwanul Muslimin' karya dr yusof qardhawi
di bahagian prakata...beliau cakap...


'ada sahabat2 di kalngan ikhwan memujukku agar membuat buku biografi..agar aku dapat bkongsi pengalaman...tapi aku takut utk membuat kerana aku xkan dapat lari daripada sentiasa mengatakan kebaikan ku'


-faham x maksudnya?... macam ni..kalau korang buat biografi...mesti la ko akan sentiasa cakap ko berada di sudut @ pihak yg baik... so, akan terjerumus ke lembah bongkak


that why...saya try to focus on pemikiran dan tajdid dalam memandang sesuatu masalah, iaitu mencari penyelesaian yg berbeza dari cara yg biasa dilakukan...



tapi..post yg dah delete tu...pi cerita pasal hal yg bgolak di hati..so, saya xmau lari topic...
coz... perlukah apa yg bermain di hati diceritakan?.. (my prinsip)



lastly... org yg paling best dalam muka bumi ni ialah..org yg tersenyum... dan paling best, bila tngok muka baby.....


























Tuesday, April 21, 2009

Diskusi Intelektual :Meninjau sejarah lalu, semasa dan masa depan Nusantara (Malaysia-Indonesia Raya)”

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



malam tu.. antara yg hadir, Ustaz Rahmat dari Unit Pentadbiran Masjid UTP, Ustaz Dawi dari Unit Pentadbiran Masjid UTP, Ustaz Suhaimi dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan juga pelajar2 postgraduate dari Indonesia (3-4 org ), pelajar undergraduate (Msia -7org , Indonesia -2org)

majlis dimulakan dengan ustaz rahmat menerangkan tentang apa itu Islamica... ustaz rahmat nak buat Islamica ni sampai level macam suatu Institusi... bukan sekadar library sahaja...

pastu Ustaz dawi start citer... maklum la kan dia tu ..actually org Indonesia yg dah lama jadi warga Msia... so ..dia citer la apa persamaan yg ada antara Msia dan Indonesia

pondok2 @ maahad2 di Msia dan indnsia... actually pada zaman dulu.. ada link... ada musyawarah... dalam menentukan silibus pelajarn... coz masa ustaz dawi pi sebuah pondok agama... selepas dia check silibus buku/kitab yg digunakan...sama dengan yg digunakan di pondok2 di indonesia

pastu... mr. wan (pacak) pula buka topic.. dia tunjukkan keratan utama Majalah Islam no 1 indonesia.. salibi..

"parti politik Kristian Indonesia maletakkan calon yg berjilbab"

lebih kurang macam tu la bunyinya..huhu.. bahaya tu..satu proses yg boleh menyebabkan umat Islam keliru .. lebih2 lagi bila xberilmu..

tapi..kita kat Msia..xrasa bnda tu problem coz kita duduk Msia padahal... masalah2 yg timbuk di Indonesia akan sampai ke Msia coz kita mempunyai budaya yg hampir sama

pastu pacak tunjukkan isi kandungan dalam majalah tu... ada 2 org tokoh Msia yg dibincangkan.. article 1st.. bncang tentang Tok Janggut... article ke-2 tentang prof al-attas.. ( itu menunjukkan org Indonesia aware dengan situasi kat Msia..tapi Msia?..

pastu ada seorg peserta diskusi tanya... konsep Ganyang Msia.. apakah maksud sebenar nya?..

-sebelum diskusi ni dibuat..saya dan pacak pi jumpa ngan lintang coz nak bncang apakah bntuk diskusi yg ingin dibuat...

then..pada masa tu..pacak ada cakap.. actually..pemimpin Indonesia semasa melancarkan Ganyang Malaysia , bukan nak hentam Malaysia..dia nak ganyang British..coz dia nampak..Msia ni akan jadi satu proksi British bagi area Nusantara..

pastu ada seorg peserta lagi cakap... kalau base on syarat2 utk Msia merdeka...ada meletakkan syarat2 yg memberikan hak2 keistimewaan kpada syarikat2 British... so..ianya umpama new-colonialisme...

dan tahukah anda bahawa..tunku abdulu rahman...belajar Law kat University Cambridge selama 11 tahun?.. aiii... xlogic2... (ada yg mngatakan...tunku ni di 'groom' utk dijadikan pemimpin Msia yg proksi British

bkaitan Knfrontasi Indonesia terhadap Msia... tu perangkap British agar Msia dan Indonesia xbgabung... sampai ada satu rahsia..bahawa... British nak letupkan kapal indonesia ,agar Msia dituduh...(agar Msia dan Indnsia bgaduh)..

tapi..walau Tunku ni British oriented, dia still sayang anak bangsa... so..kjadian tu xberlaku..

then..bila ustaz suhaimi berbicara....dia ni org ABIM kot.. (sapa yg jemaah oriented..sila ikhlaskan hati..kalau x..xpayah baca....) then..dia citer bahwa... semasa proses pengkaderan ABIM.. (pengkaderan= proses mendidik/mentarbiyah para ahli2 baru )...pak nasir dari indonesia turun Msia utk menkaderkan ABIM..

ustaz suhaimi cakap...semasa peringkat awal..pak nasir datang utk mengkaderkan PAS..tapi sebab dia tngok org PAS dan org UMNO macam xde beza..dia pi ke ABIM....
dia cakap..pak nasir la yg mengeluarkan idea

"pindahkan darah"

iaitu menyeru org2 ABIM pergi ke PAS..

antara tokoh2 ABIM yg pergi ke PAS ialah

1.allahyarham ustaz fadhil noor (org utama PAS)

2.ustaz hadi awang (president PAS)

3.ustaz nakhaei ( org kuat PAS yg tubuhkan Yayasan Dakwah Islam-YADIM)

so..jelas menunjukkan gerakan dakwah Msia...dibawa dari Indonesia

pastu seorg lagi peserta citer.. skang ni ..ada gak kerjasama..tapi kerjasama negatif..iaitu antara

Islam Liberal Msia dan Islam Liberal Indonesia

gerakan2 islam iberal di Indonesia...

antaranya
1.Waheed Inst
2.Jaringan Islam Liberal (JIL)

gerakan islam liberal di Msia

anataranya
1.Sister in islam
2.Institut Kajian Dasar (IKD)

-cukup dulu yea..sambung ke part 2.. (esok ada 2test..doakan sukses)

Sunday, April 19, 2009

Laskar Pelangi

lagu tema : Laskar Pelangi by Nidji


Filem Laskar Pelangi


filem yang mampu menonjolkan nilai islam tanpa perlu diulang-ulang perkataan islam....

FILEM ISLMIK PERTAMA YANG MAMPU MENONJOLKAN KEINDAHAN DAN KEPENTINGAN ISLAM DALAM KEHIDUPAN YANG MAMPU MENARIK MINAT SEMUA KAUM UTK MENONTONNYA....

terlampau banyak pengajaran yg saya dapat



  1. kepimpinan merupakan satu tanggungjawab,bukan kebanggan (sindir pemimpin politik yg korup)

  2. hiduplah utk memberi sebanyak-banyaknya ,bukan menerima sebanyak-banyaknya...

  3. kalau nak pintar...belajar...kalau nak berhasil....usaha...

  4. kita semua perlu ada cita2...jangan takut utk bermimpi...

  5. kasih sayang seorg ayah demi pendidikan anak tercinta...

banyak part yg touching... tapi antara yang paling saya love..


-SD Muhammadiyah


diibaratkan sebagai satu2 sekolah yg xmendekatkan para pelajarnya dengan material..


dan juga semasa pelajar2 SD Muhammadiyah diibaratkan sebagai pelajar2 yg luar biasa + semasa pertandingan...ckgu sekolah lain mengatakan "SD Muhammadiyah sangat terhormat dan enggak mungkin curang".....


coz ianya mengingatkan saya kat sebuah sekolah yg terletak di hujung Semenanjung....


-watak Harun


saya sangat2 mengkagumi gaya para pelajar SD Muhammadiyah melayan Harun... suatu yg kita semua perlu jelas...mereka yg xsempurna,xpernah mengharap mereka dikasihani..mereka just harap mereka diberi hak yg serupa...


dan yg terakhir....


-Ibu Muslimah a.k.a Cikgu Muslimah...


2 pengajaran terbesar dari watak ni


1.kenapa mesti life seseorg wife di decide oleh suaminya?... suppose seorg perempuan diberi hak utk memilih jalannya.. (tuju khas utk bakal2 bapa )... suka quote ayat ni...


isteri adalah suatu anugerah, bukan hak milik


~Datuk Rahim Razali


so... hormat la pilihan kaum hawa...


2...sangat2 kagum dengan kegigihan ckgu muslimah utk mendidik anak bangsa..


maybe sebab tu saya prefer seorg guru utk jadi my wife...

Saturday, April 18, 2009

::Edisi Khas SemPeNa PeLaNcAranN NoVeL VT dan LanGiT IlLAHI::


saudara hilal disebut namanya dalam http://saifulislam.com/?p=5362

1st ..saya nak citer yg bahawa penulis buku ni merupakan cousin saya …..just nak citer sikit tentang latar belakang penulis buku ni agar dapat menimbulkan minat utk korang semua membelinya….

Saya ngan dia sama umur..dia lahir bulan 1..saya bulan 5…. Rival sejak kecil ni…hehe (saya pernah citer tentang dia ni dalam article blog2 yg >best...)..maklumlah…dikalangan sedara2…utk yg lahir 1989…ada 5 org…luqman, hilal, nurfarihin, zahrah dan ayu…. So..memang kena banding2 la sapa yg paling terror… kalau result UPSR kuar hari rabu …pukul 10pg hari rabu ,comfirm ..mesti ada sedara2 yg tanya result..haha…dan…antara 5 org ni…si hilal la paling perform

Masa kanak2 dia…kitaorg agak rapat la…coz…nenek saya ada 11 org anak… umi saya anak ke 10..umi si hilal anak ke -11… umah saya kat kluang…hilal kat jb…umah nenek kat ayer hitam…so…selalu gak la…weekend balik ayer hitam… so..selalu jumpa dia…

waktu kecik kitaorg suka main kejar2 kot..haha..baling selipar…tenteng..bola beracun…main sembunyi2 atas pokok mangis..main sembunyikan selipar org..berebut nak tngok tv… tapi yg paling menyebabkan kitaorg rapat… saya ngan dia..dua dua merupakan…comic’s geek..@ dalam BM nya…hantu comic….hehe..

Sebut je nama comic… Wira Tunggal,Pendekar Laut,Pahlawan Naga Kembar,Get Backers,One Piece,Bola Naga,Misteri Naga, Anak Pendekar, banyak lagi la..lupa…itu kenangan masa saya sekolah rendah…nama watak comic yg xasing lagi… cth… Topeng Perak,Jerung Perkasa,Pendekar Laut,Orga,Pahlawan Hitam….

Depan umah nenek saya…ada 3 buah rumah mak cik…salah seorg mak cik tu… anak dia comic’s geek gak..that why…saya ngan hilal suka bertapa kat umah dia..

(bertapa= lepak kat situ dari pagi sampai petang…petang baru kuar main…..hehe..waktu makan tngah hari, nanti umi jerit dari tingkap umah nenek…. Waktu solat, nanti umi hantar duta diplomatik (adik saya yg kecil) utk tanya dah solat @ blum?...hehe)…budak sekolah rendah katakan…

Sejak kecil..si hilal ni minat pahlawan…dia suka ajak saya bertarung..tapi…berpencak silat tiga empat kali…saya akan lari..heheh…saya xseteror dia loo… pernah sekali saya pi gigit dia…hahaha..waktu tu coz dia pi pulas tangan saya kuat sangat.. (bukan salah saya..sapa suruh dia pulas kuat2..haha,xnak ngaku salah)

Dia minat giler atromen ngan power rangers…waktu tu saya pelik sesangat..coz dia still minat atromen ngan power rangers sehingga dia darjah enam…waktu tu..saya dah rasa atromen ngan power rangers macam kebudak-budakan..(saya dah matured ke?..hehe) …. Tapi..ada sekali tu..semasa dalam program motivasi kat sekolah mak saya (mak saya kaunselor, so, kalau buat program @ kem, memang, anak beranak + kaum kerabat + HALUAN yg akan diminta tolong coz sekolah mana ada duit nak jemput penceramah yg mahal2…..).. masa kat kem tu…si hilal ada sebut…

dia ni sebab masa kecil..terdedah ngan comic and so on..that why dia agak terikut-ikut habit tu sampai skang… cthnya..masa kecil..dia terdedah ngan watak Rambo…so dia pandang Rambo tu hebat… kalau dia didedahkan ngan watak pahlawan2 Islam,mesti dia akan pandang Pahlawan2 Islam tu hebat…huhu..sisitem pendidikan tu

Dia sekolah rendah di sekolah rendah islam hidayah, jb…. Pastu dia masuk ke MATRI… saya pun masuk MATRI..masa kat MATRI..masa form 1….kitaorg kena hafal juz amma dulu….tapi dia dah hafal dulu..so..dia agak advance…(saya pulak..terkial-kial sikit coz saya from government school..SRK)..

Pastu…disebabkan kepimpinan yg terserlah..dia menjadi org yg lead @ mengetuai bacaan al-mathurat utk pelajar form 1…padahal biasanya yg lead adalah pelajar senior…
Kalau xsilap..masa form 1 @ form 2…dia dah join pertandingan Debat Piala Perdana Peringkat Negeri Perlis…
(kalau sesapa nak tau…untungnya sekolah kat Perlis ni…sijil2nya..semua peringkat negeri..coz negeri Perlis ni kecik..so….bila wakil sekolah je…terus peringkat negeri..jarang ada peringkat daerah..hehe)….
johan syarahan 3 kali berturut2 peringkat zon..... johan sekolah 4 kali berturut.. naib johan negeri 3 kali berturut2...pernah masuk forum... tapi kalah peringkat negeri... join kuiz.. kalah peringkat zon
..

Masa form 3..dia ada join persatuan kawat(PBSM…)…..johan peringkat negeri.. ( si hilal jadi komander)...opss
Dan masa form 2 gak la…si hilal tu masuk VT (volleyball team)… kat MATRIVT dan hockey team….adalah 2 team sukan yg paling superb…. Coz MATRI pernah menjadi johan bola tampar peringkat negeri perlis…
(mengalahkan sekolah sukan …kat msia..ada 3 sekolah sukan..kalau xsilap la....satu kat Bandar penawar,satu lg mana ntah..satu lagi kat perlis)… so..pasukan team bola tampar MATRI memang elit laa.. hockey plak…. Terkenal la…pernah masuk paper arr.. yg pernah saya terbaca… 5-0..kena belasah ngan Sekolah Anderson…(tu kira hebat arrr…anderson memang budak2nya terlatih…budak MATRI…berlatih kat atas rumput yg berpasir…keeper berlatih pakai span utk dijadikan alas baju...sekolah agama rakyat katakan..)..adik saya keeper hockey MATRI

Masa 1st time si hilal masuk VT..dia tu org panggil lubuk..hehe..coz spoiler la… tapi…last2…pemain tunggak tu…menggantikan abg saya…abg saya merupakan spiker utama..kira legend la….coz abg saya pemain terbaik negeri perlis..dan semasa era abg saya la..MATRI johan..bola tampar bagi sekolah agama seluruh Malaysia….perlawanan final..lawan ngan sekolah Kelantan yg merupakan johan peringkat negeri Kelantan…

So..saya yakin novel VT tu..merupakan kisah benar@ base on his experience

Utk yg novel langit illahi…saya jugak yakin its base his true experience..coz MATRI merupakan tempat di mana khazanah2 iman dipelihara….terlampau banyak mutiara tersimpan di situ…begitu juga ulama2 yg dihormati..

Pastu saya kuar MATRI masa hujung form 2. (masa tux de kesedaran fikrah +..sebab2 tertentu)...tapi kami still bersama-sama dalam menganjurkan kem2 motivasi di sekitar johor…
melalui NGO Haluan..
…dia merupakan penggerak utama dalam menganjurkan kem2 tu…Project Manager,ayat inggerisnya..

Dan sentiasa mengikuti perkembangan dia melalui blog dia….

Pastu dia fly Jordan.

Dan selebih tentang diri dia..korang semua dah tau dari blog dia…
-ada banyak tazkirah2, cerpen yg best...pensyarah2 universiti + doctor2 pun baca blog ni tau..

sekian
(banyak lagi nak citer..tapi xde masa arrr...minggu depan kat UTP ada test arab,test thermo,test numet,test pht+project thermo+lab report sepro+kuiz sepro..doakan sukses)
p/s: ada komen dari Telaga Biru mengatakan...ada level macam Ayat-Ayat Cinta..huhuh

Thursday, April 16, 2009

::SeMoGa cIntaKu BukAn paLsU....::

Munajat

Album : Munsyid :

Nadamurnihttp:

//liriknasyid.com

[00:42.76][00:27.65]Tuhan
[00:45.44][00:30.19]Kubisikkan kerinduan
[00:51.26][00:36.18]Keinsafan
[00:54.78][00:39.27]Pengharapan


[00:58.18]Tuhan

[01:01.08]Kusembahkan pengorbanan
[01:06.84]Membuktikan kecintaan
[01:13.00]Bisikanku untuk-Mu
[01:19.26]Munajatku mohon restu
[01:25.47]Semoga cintaku bukan palsu

[01:31.28]Pada desiran penuh syahdu
[01:37.49]Gelombang lautan rinduku
[01:44.18]Tuhan
[01:46.54]Kubisikkan kerinduan
[01:52.68]Keinsafan
[01:55.67]Pengharapan

[01:59.36]Tuhan

[02:01.77]Kusembahkan pengorbanan
[02:07.88]Membuktikan kecintaan
[02:14.27]Munajatku dalam syahdu
[02:20.04]Merindui maghfirah-Mu
[02:26.12]Mardhiah-Mu dalam restu
[02:32.34]Harapan tulusnya hatiku
[02:38.74]Kurindukan pimpinan-Mu
[02:44.71]Keagungan-Mu dalam doaku
[02:50.71]Kebesaran pada qudrat-Mu
[02:56.88]Ia membina ruhaniku

[03:06.51]Tuhan

[03:09.23]Kubisikkan kerinduan
[03:15.36]Keinsafan
[03:18.31]Pengharapan


[03:21.86]Tuhan


[03:24.37]Kusembahkan pengorbanan
[03:30.72]Membuktikan kecintaan
[03:37.11]Ujian kepahita
n [03:43.03]Di dalam perjuangan
[03:49.14]Padanya ada kemanisan
[03:55.17]Ketenangan dan kebahagiaan
[04:01.32]Padanya syurga idaman

[04:07.43]Munajatku dalam syahdu
[04:13.59]Merindui Maghfirah-Mu
[04:19.63]Mardhiah-Mu dalam restu
[04:25.73]Harapan tulusnya hatiku
[04:32.02]Kurindukan pimpinan-Mu
[04:38.21]Keagungan-Mu dalam doaku
[04:44.23]Kebesaran pada Qudrat-Mu
[04:50.32]Ia membina ruhaniku

[05:00.04]Tuhan

[05:02.79]Kubisikkan kerinduan
[05:08.57]Keinsafan
[05:11.83]Pengharapan

[05:15.28]Tuhan

[05:18.15]Kusembahkan pengorbanan
[05:23.98]Membuktikan kecintaan

Monday, April 13, 2009

Melayu yg tertipu... (suatu penghinaan pemikiran)

adakah saya racist?... lu baca..dan lu pikir sendiri

malas nak citer panjang...just nak suruh korang fikir...
korang tau x..bahawa sebelum PR ke -13... Gerakan menguasai Pulau Pinang dengan menjaroti yg tinggi...tapi kenapa tetiba semasa PRU ke-13...boleh kalah teruk?..xlogic...sangat2 xlogic...

kalau korang ada otak..mesti korang sedar... ini semua perancangan mereka... saya extremely yakin... DAP, MCA dan Gerakan berbincang balakang tabir... sebab...ada timbul isu kat PP nak diwujudkan sistem Ketua Menteri bergilir..maknanya...bergilir-gilir antar kaum Cina dan kaum Melayu...

saya yakin...DAP merupakan proksi cina dalam BA..maksudnya... kalau BN naik...MCA + Gerakan yg akan jadi proksi dalam BN ..kalau BA naik...DAP yg jadi proksi...
dalam KeADILan....kalau korang tngok betul2...masa Anwar keluar TV dan sebagainya.. org sekelilingnya majoritinya kaum Cina dan Kaum India..so..kalau Anwar naik nanti, mesti Anwar kena balas budi baik diorg..

secondly....utk semua org Islam..korang ni belajar agama x?... korang rasa apa hukum kutuk org?... korang ingat video klip yg Najib ulang2 perkataan babi tu..xdosa eaa?...

macam ni la...Najib tu our Prime Minister...so..saya pandang dari sudut politik la... kalau saya buat satu video klip yg menukar ucapan Nik Aziz dengan perkataan babi.. boleh?... mesti ramai melenting kan?... padahal dari sudut politik..dia tu Ketua Menteri/Menteri Besar...

saya tau la...Nik Aziz tu ulama...then...xsenonoh buat macam tu kat dia.... the problem is... korang patut sedar.. xde sesapa pun yg layak diperlakuakn sebegitu coz SIAPA SUKA KENA HINA MACAM TU SEKALI !!!

-lastly..saya cadang..korang stop arr forward bnda2 macamtu....simpan dalam laptop pun xpayah...tapi kalau korang rasa dapat pahala..ok, go on..semoga bjaya...


ini petikan dari Utusan.. jangan terima bulat2...yg betul..terima..yg salah..jgn la percaya..


tarikh 12/4/2009

"Kebijaksanaan kaum Cina berpolitik"


Kekalahan BN dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau pada 7 April lalu, tidaklah mengejutkan.
Sentimen menolak BN sememangnya sudah terlalu kuat. Biarpun berlaku peralihan kepimpinan negara pada 3 April lalu dan kempen saat-saat akhir mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, ia tidak dapat membawa kemenangan.
Banyak faktor yang menyumbang kepada kekalahan BN antaranya calon, isu setempat dan sentimen kebencian yang dimainkan oleh kempen pembangkang termasuk fitnah dan serangan peribadi.
Di peringkat BN, kempen parti komponen seperti MCA dan Gerakan tidak agresif sebagaimana DAP. Misalnya, bilik gerakan ditutup pukul 11 malam sedangkan parti pesaing beroperasi sehingga awal pagi.
Bukanlah kita mahu menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi itulah realitinya dan ia menuntut post mortem yang berani.
UMNO memang perlu berubah tetapi parti komponen yang lain juga perlu berubah. MIC sudah tentu memerlukan perubahan lebih besar terutama kepimpinannya.
Dengan prestasi hambar itu maka MCA, Gerakan dan MIC tidak berhak untuk membuat pelbagai tuntutan apatah lagi bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri kedua.
Sebarang pendirian parti komponen untuk mengasak UMNO bagi memenuhi semua kehendak politik bukan Melayu kononnya atas nama pembaharuan, tidak akan membantu sama sekali kebangkitan BN. Jika ia terus dilakukan atas andaian UMNO makin lemah, itu adalah percaturan yang silap. Walaupun UMNO berdepan dengan banyak tekanan dan kekangan, parti itu belum hilang kekuatan.
Ternyata trend undi masyarakat Melayu kepada BN meningkat termasuk dalam pilihan raya kecil terbaharu sedangkan undi bukan Melayu menyusut. Para pengundi bukan Melayu seperti biasa akan membuat banyak tuntutan pada musim kempen tetapi undi mereka tetap kepada pembangkang.
Ini termasuk peti-peti undi yang paling banyak menerima peruntukan yang ditagih oleh pelbagai pihak mewakili pengundi antaranya RM1 juta untuk sekolah Cina, RM400,000 sekolah Tamil, tuntutan tanah rizab dan puluhan lagi.
Apa makna ini semua? Bukankah ia menampakkan BN terus dipermainkan oleh pengundi bukan Melayu. Pada Awang, keputusan kedua-dua pilihan raya kecil itu dan beberapa yang lain sebelum ini adalah isyarat jelas kepada BN supaya jangan lagi terperangkap dengan muslihat sedemikian.
Usahlah mengharapkan sangat perubahan sokongan bukan Melayu. Inilah kesan pendekatan politik pemimpin PKR, Anwar Ibrahim yang berjaya menggugat kuasa politik Melayu. Anwar membuka laluan dan Pas membantu.
Sebab itu, pengundi Cina dan India sanggup memakai logo dan mengibarkan bendera Pas yang diterjemahkan menerusi peti undi. Ia bagi menjayakan agenda DAP dan PKR yang lebih dominan dalam pakatan pembangkang terutama dalam senario politik Perak.
Realitinya sampai hari ini masyarakat Cina tetap menolak agenda Pas untuk mewujudkan negara Islam. Pas bukan pilihan sebenar sebagaimana DAP dan PKR yang mempunyai gagasan termasuk Malaysian Malaysia yang lebih memikat. Begitulah kekuatan dan kebijaksanaan masyarakat Cina berpolitik, yang kemuncaknya nanti mahu dicapai pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Mereka bersatu dalam percaturan. Jadi siapa yang tertipu?

Economic Armageddon..... (diskusi intelektual)

Economic Armageddon: What’s Next After Capitalism?

Discussion scope; Revising uthmaniyah /Ottoman Islamic Caliphate ‘s experience against capitalistic Europe

8th March 2009

Discussion ini merupakan salah satu siri dalam discussion kat Islamica Resource Centre

1st nak minta maaf coz xdapat hurai sangat coz discussion ni dah lama, tapi sebab extremely busy, lambat update…..


1. revolusi sosial xsesuai utk berlaku di Malaysia coz we are not prepare for that.. kita >prefer evolusi

-cth revolusi ialah Revolusi Iran yg menjatuhkan Shah Iran yg tali barut America (prof Murad Merican pernah sentuh dalam ceramahnya kat undercroft ; yang kedua dari mr. president mpp 08/09 iaitu mpp plan nak buat evolusi kat utp; yang ketiga memang system islam >menjurus kpda evolusi..that why rasullulah berdakwah berperingkat..bperingkat, bukan main rampas kuasa)… ~kalau xfaham apa tu revlusi, susah sikit nak faham ayat di atas..


2. kita perlukan indigenous people –org yg xberkepentingan …so, bila dia bcakap, kita boleh terima….


3. Ada seorg peserta from Sarawak complaint pasal Sarawak’s government terlibat ngan capitalism… dia cakap… semasa isu ‘Gangstrerism vs Rumah Panjang’ Sarawak’s government terlibat mengupah Gangster..ntah arr..saya xtau…org Sarawak >faham…


Surah al-baqarah

281. And fear the Day when ye shall be brought back to Allah. then shall every soul be paid what it earned, and none shall be dealt with unjustly.


4. Then..napa doa xmakbul?..coz makan riba + pakaian kotor + makan makanan yg kotor

5. Yg bahagian atas2 tu…xproper…huhu…. K…masuk topic…

6. After capitalism?..

i. competition will be anywhere
ii. Future will be very very bad …until we follow Islam back

7. Pastu, ada seorg foreigner cakap.. we must spread the knowledge… maybe sikit je yg nak buat kerja Islam ni..tapi kalau kita keep on trying…macam lighter(small)..tapi kalau semua org pasang lighther, kan terang…


Cthnya abu bakar…4 dari 10 sahabat yg dijanji masuk syurga merupakan sahabzdvat yg diseru oleh abu bakar..


Surah luqman

8. For those who believe and work righteous deeds, there will be Gardens of Bliss,



8. Then,nak tau napa Islam down?... ni citer best ni…
Kat mesir (dah banyak aku dengar citer pasal org Mesir ni dari lecturer Arabic Language kat UTP).. diaorg ni malas tahap extreme.. dia punya waktu kerja kadang2..Cuma 26 min sehari…sebab..macam2 rehat ada….rehat minum pagi…minum teh…huhuhu..malu2…


9. Sepatutnya ini xtimbul coz muslim when they do something, they will do perfectly .

10. Ada seorg peserta tu cakap..dia pernah nampak org couple kat tepi masjid… pastu bila azan…dua dua tu pi masuk solat… lpas solat..pi couple balik… dia rasa ' irritating' giler …coz bukan kah solat itu mencegah mungkar?


11. 1400 years of ‘islamic glorious”…disappear macam tu je..


12. Husnul khuluk =akhlak yg baik (dakwah)

13. Hubungan
i. Allah
ii. Alam (chemical engnr banyak buat pollution..hehehe)
iii. Manusia



-maaf ..xdapat hurai ngan baik coz ni je la note saya…conclusion dari discussion saya utk discussion ni


a) Mc just conduct about background of philosophy that is focus on knowledge…and he do not goes to fundamental of religious… -that why saya harap sesangat ada budak area agama… baru balance


b) Berkaitan isu rasuah…jangan main tuduh government rasuah tanpa bukti.. cuba selidik… coz ayah saya pernah terangkan… (ayah saya merupakan ex-government's worker di Pejabat Tanah Kluang, Johor)

Cthnya dalam isu pemilikan tanah… proses pemilikan tanah…melalui banyak tahap.. 1st……melalui ketua kampung….then melalui pegawai daerah…..pastu hantar ke ibu negeri (kalau johor…akan melalui jb)..banyak tapisan…so..kalau nak rasuah, kena rasuah semua tahap…so..agak susah.. (tapi..ayah saya cakap…ada gak kadang2 berlaku)…..jgn main tuduh tanpa bukti..bdosa!!


c) Apa2 yg disampaikan…walau dari org berilmu @ hebat mana pun..jgn main 'absorb' je…kita ni bukan SEPRO…hehe (demam test SEPRO)….kena menilai dulu


d) Study gaya Al-Arqam berniaga (coz maybe al-arqam ada teknik2 perniagaan yg hebat yg menyebabkan sampai skang dia xlumpuh…that why tngh baca buku dia..tapi bab2 ajaran dia, kena tapis ngan filter iman)

-sekian

Sunday, April 5, 2009

terjeda


maksud jeda ialah terpaku/terdiam


aku tadi pi surf blog2 arr..pastu ada satu blog tu...pic budak2 salah satu persatuan kat utp... diorg tengah buat kem kat tepi pantai...

then...memang best giler arrr


++ best... bila mix laki pompuan..haha.. xpayah nak cover2... fitrah laki memang suka... then... biasa arr..aku jealous wooo


tu yg terpaku tu..napa aku xjoin?....


aku xde jawapan buat masa skang coz aku baru terfikir napa banyak giler peluang utk aku bersosial kat utp ngan join event2 @ club2...tapi aku xjoin ...


xpayah sebut satu2... tapi memang banyak giler peluang.... kalau setakat nak gedik2 ngan pompuan, coursemate pompuan banyak je....


kalau ayat mudahnya... bukan teruk sangat pun sosialnya...xla sampai bersentuhan..kalau tersentuh,sikit je kot....


pernah denar ayat ni "aku pun couple gak, tapi xla sampai teruk macamtu"


ntah arrr... hati aku yg menolak... coz hati aku cakap...


save the best for the last..... aku nak happy2 kat sana....


-article ni xde jawapan....just satu lontaran idea






Saturday, April 4, 2009

irc UTP yang stupid damn2

ni status gtalk aku utk sepanjang hari ni

irc UTP= stupid damn2...ko ingat mahasiswa utp ni sengal eaa?.. dah la kitaorg nak jalan dari bilik ke irc jauh..kena pakai full attire (bkolar+bkasut+kad matrix).~rasa macam bodoh hari minggu dah macam hari weekday..sampai2...ko pi letak papan "kindly...bla .bla...we are close"... seriously aku menyampah.. tugas ko...pastikan irc UTp dibuka agar mahasiswa UTP dapat guna facility yg "dibayar"... jgn poyo2 pi buat event... know ur priority!!!! ko memang siot arr

nak je aku mencarut...ingat aku xpandai mencarut ke?.. (semua manusia dilahirkan dengan bakat utk mencarut, just terpulang pada diri nak mencarut@ x)...tapi bila consider dosa pahala.. aku diam je arr... just emo2 sikit..huhu

masalah kat utp skang ni... jap2... 1st of all... aku bukan anti-event ok!!!.. dan x addict event... aku xkisah korang nak buat event apa... nak buat event lari pusing utp pun aku xkisah... kalau nak buat event selam kat kolam utp pun...terpulang arrr... just aku extremely menyampah bila "masa aku dibuang begitu sahaja"....ye arr.. jalan jauh2...pastu kena jalan balik..

this article..bukan aku nak main kutuk2...aku just harap improvement...
1.irc UTP..aku tau korang nak buat bnda baik.... tapi... ko kena tau ur main priority!!!!!


ko fikir perasan mahasiswa UTP tak?.... kitaorg bukan budak bodoh @ budak sekolah.. kitaorg ni hampir lagi sedikit je ke arah dewasa... so..layan kami macam org dewasa...

cuba ko fikir perasaan org dewasa kalau lepas jalan jauh2...pastu bila sampai office nak bayar cukai @ urusan pejabat kerajaan...tengok ada notis... maaf ...bla..bla pejabat ditutup hingga bla..bla.. bengang giler perasan org tu.. macam tu gak ngan kami!!!!.. (aku tau coz bapak aku ex-pekerja government)...

please be serious about ur work!!!!


aku xnak ungkit pasal kitaorg bayar monthly fee... nanti macam bongkak plak... tapi bnda tu still penting coz aku MARA... aku pinjam duit MARA...aku kena bayar balik...so aku nak duit yang aku kena bayar...berbaloi...

it same goes to other department in UTP.. ada je lpas aku jalan jauh.. sampai2... pejabat tutup@ xde org.. padahal waktu tu masih dalam waktu bekerja... aku tau maybe ada urusan lain....tapi u must be profesional..pastikan ada seseorg di kaunter!!!! xkan tu pun nak kena ajar...

MPP pun sama... (club lain aku xkisah coz korang bukan ada kena mengena pun ngan aku..)
MPP=majlis perwakilan pelajar... korang mewakili kami... bukan mewakili ideologi ko!!! @ pun...ideologi pihak UTP!!!!.. ntah arrr..aku rasa...korang lebih arif..coz kalau korang xpandai, korang xkan jadi MPP....(sowi....aku just ingatkan ....tapi... aku rasa MPP yg baru ni...agak smart arrr..wish da best)

~article ni dibuat semasa emo...sowi kalau bahasa kasar(aku try xkasar, tapi xlogic kalau lpas kena sakit hati, ko boleh trus tersenyum kan?...)..so... insyallah...after 1hour...ok kot...

muhasabah diri versi kepala sendiri

huhu..aku xtau nak wat pe....seriously extremely boring....itu je...dah arrr..study x2..... (tetiba terfikir.... patut la org couple..coz kalau couple ada gak 'kononnya' tempat mengadu...haha... just terfikir arrr..aku xkata aku nak couple!!!!...hehehe)


alang2 tengah buhsan...dan malas nak keluarkan isu2 pemikiran semasa... aku just nak citer pasal aku accident ..hehehe


actually dah lama accident..>20hari kot...tapi xciter coz buat nak citer kat org semua bnda..kan ..kan...mr.mistery..haha


nak citer part kelakar....haritu..ada geng pi buat interview kat si pemandu..dia tanya..berapakah kelajuan semasa dia pandu...aku kat tepi...nak ketawa sampai nak golek2... nak tau napa?... sebab .... si pemandu tu terlelap masa dia pandu..that why keta tu terhumban ke gaung... (xfaham eaa?... si pemandu terlelap...so..xlogic la kalau dia kata dia sempat tengok meter kelajuan...haha)


tu part kelakar...yg part hati yg bgolak dalam hati aku?.....huhu.. actually masa accident tu..aku sorang je yg xterlelap...coz masa tu..dah dekat ngan area UTP...(accident tu depan Kemahiran MARA tu..)..so..disebabkan aku xterlelap...adegan kemalangan tu...aku ras/dapat bayangkan ...waaaaaaa


2 hari aku fobio tngok MPV.... ada sekali tu masa jalan pi lecture..ternampak MPV..dari lecture pagi sampai tngah hari..aku xbleh concentrate...asyik terbayang adegan/bunyi kereta tu jatuh
gaung...


alhamdulillah...seriuosly aku syukur semua selamat...yg cedera?... aku sorang je....huhu..tapi dah ok...yg paling takut..aku la...coz antara semua yg dalam MPV..aku paling tua.(takut kena marah ngan family kawan2 lain)...tapi aku xpndu langsung....heheh..coz aku baru dapat lesen kete seminggu...so..xberani loo... (tapi yg paling best...lpas accident tu...sebulan aku xberani bawak kete... kat umah..lpas dapat slot khas "ceramah perdana " dari ummi aku dan abg aku...ye arrr..baru aku bawak kete...huhu


masa kete tu dalam proses jatuh gaung tu..ye arrr... memang 10 seconds je..tapi dalam interval masa yg terlampau pendek tu...macam2 aku fikir... yg paling utama..biasa arrr...adakah aku akan mati di sini ?....amalku dah cukup?... aku pun masa tunggu depan balai polis..bila pikir2 balik..macam xpercaya..dalam 10seconds tu..aku boleh bayangkan/fikir terlampau banyak perkara....


bnda tu jadi >best..coz masa on the way nak pi balai polis...ada pak cik tu citer..kat kawasan yg aku accident tu...dah pernah berlaku 2 accidents..dan...kedua-dua accident tu...semua meninggal dunia...huhu... syukur sesangat Allah panjangkan umur.....


semasa proses jatuh gaung..dah citer...then..citer semasa dalam gaung plak... waktu tu...aku just fikir... nak keluar!!!.. (tepengaruh ngan muvie..bila accident je..kete mesti meletup...hahah)alhamdulillah kete tu MPV...that why xremuk macam lempeng...kalau naik kancil..nauzubillah....
kereta?... remuk teruk kat bahagian depan dan belakang...xde gambar coz..1.hset aku memang xboleh ambil gambar pun..hehe (dan disebabkan accident ni,hset aku hilang ...hset aku sekang ni..sama ada monyet tengah main tekan2..@ katak tengah buat sarang utk telur2nya..coz kat situ ada paya..so...nak inform kat sini..semua no korang...aku hilang..kiranya lost contact..so...kalau xmsg@ apa2...bukan sebab aku poyo...tapi sebab no korang aku hilang...tapi no hset aku still sama coz aku pi Celcom Centre... harap korang dapat msg aku utk give to me ur number...pleaseeee..)


lastly...apa pengajaran utk aku?....pada aku..key pointnya.. 4 isu.. ni aku ambil dari buku Stephen R Covey..the 8th habit... insyallah lain kali aku akan huraikan bkaitan buku tu..
1.assumeyou've heart attack ,now live accordingly...2.assume the half-life of ur profession is 2 years,now prepare accordingly..3assume evrything u said about another they can overhear,now speak accordingly..4.assume u have one on one visit with ur Creator every creator, now living accordingly..


utk yg 1st..memang sangat dekat ngan aku..coz aku skang kadang2 rasa..aku ni macam 'baru pulang dari alam barzakh' @ i got 2nd chance of life....sebab..pada aku...on that 10 seconds...aku fikir mati...mati..mati... yg bmain dalam fikiran... "amalku dah cukup ke?".... then masa tu gak aku boleh bberhas ngan hati aku... (bila fikir balik...xlogic..banyak sangat bnda aku buat on that 10 seconds).. napa ko sibuk tanya amal dah cukup?...ko selalu buat dosa eaaa?.. then...otak xmampu nak jawab..coz hati >faham...dan otak xmampu nak create ayat2 penyedap mulut..
so...skang ni...every second of my life is too precious.... maybe aku xboleh change the world to become more "colourful"...but i want make contribution to the world... although its a little..


utk yg ke-2..its in term of intelligence... actually..korang percaya x.. sebenarnya.. ahli2 politik msia...diorg tu xpandai pun... that why msia kucar kacir..hehe..xde arr..aku bukan nak kutuk ahli2 politik... aku nak cakap...kita semua bijak..then... ada certain problem..yg kita sendiri boleh setttlekan..so...maximize ur intelligence...


utk yg 3th..jaga hati org..cuba jgn menyebabkan sahabat terasa hati @ marah.. aku tngah try..maklum la kan..sapa yg kenal aku dari mrsm...memang tau yg aku ni jnis kasar..coz aku anti-gedek... ayah aku didik aku cara lelaki.. maksud aku...gaya, percakapan,cara jalan.. memang bapak aku agak tegas..no pondan2 style...hehe..so..skang ni...i try my best xkasar + jaga nilai persahabatan.. tapi seriusly.. if someone aku dah masukkan nama dia dalam senarai geng...(geng > sahabat > teman > kawan > musuh > boyfriend/gurlfrnd )..aku sangup bkorban maa..

yg ke-4..actually kalau tngok betul2...ianya seperti definasi ihsan..


k..selamat malam.. assalamualaikum..