Friday, December 18, 2009

KERTAS KERJA PROGRAM KHIDMAT BAKTI MASYARAKAT HALUAN ’09

KERTAS KERJA
PROGRAM KHIDMAT BAKTI MASYARAKAT HALUAN ’09
(KHIDMAH ’09)

1 TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk memaklumkan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan, serta Jawatankuasa dan Kariah Kampung Sri Paya Kulai yang terpilih mengenai Program Khidmat Bakti Masyarakat HALUAN ’09 (KHIDMAH ’09).


2 PENDAHULUAN

Program Khidmat Bakti Masyarakat HALUAN ’09 atau singkatannya KHIDMAH ’09, merupakan satu program yang dirancang bagi melatih pelajar-pelajar untuk menabur bakti pada masyarakat. Peserta program ini terdiri daripada Haluansiswa (pelajar-pelajar yang sedang belajar di IPT seluruh negara dan berasal dari johor) yang sewajarnya didedahkan dengan proses berbakti secara praktikal untuk bermasyarakat. Program ini dianjurkan secara bersama oleh HALUAN MALAYSIA dengan kerjasama JKKK Kampung Sri Paya, Kulai Johor.

3 RASIONAL

Pelajar adalah aset penting dalam pembentukan modal insan untuk masa depan negara. Oleh itu mereka seharusnya didedahkan dengan program-program bagi melatih mereka berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat. Melalui program ini para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai kegiatan yang menjurus kepada kecemerlangan akademik, sahsiah terpuji dan kualiti kepimpinan untuk dimanfaatkan kepada diri dan masyarakat.
Disamping itu juga program ini akan memberikan pendedahan dan pengalaman kepada ibubapa serta anak-anak masyarakat setempat untuk bersama-sama peserta khususnya program-program yang boleh mempertingkatkan kesedaran dan kefahaman terhadap ajaran Islam yang sebenar dalam kehidupan mereka.






4 MATLAMAT

4.1 Memberi peluang kepada pelajar untuk berdamping dengan masyarakat kampung yang dipilih dan melalui kehidupan bersama masyarakat setempat yang dipilih.
4.2 Memberi peluang kepada ibubapa serta anak-anak masyarakat kampung yang dipilih untuk bersama-sama peserta berkongsi pengalaman untuk menjadi anak yang soleh
4.3 Menjalin hubungan serta berkongsi pengalaman diantara peserta dan urusetia bersama-sama pemimpin setempat khususnya JKKK dan ibubapa
4.4 Memperkenalkan dan menyediakan wadah untuk HALUAN berperanan kepada masyarakat dan badan-badan berkaitan.

5 OBJEKTIF

5.1 Melatih pelajar secara amali melaksanakan tugas mendidik dan berbakti kepada masyarakat.
5.2 Menjalinkan ikatan silaturrahim antara peserta dan penduduk setempat.
5.3 Mendedahkan peserta dengan program berbentuk kemasyarakatan.
5.4 Melahirkan pelajar yang cemerlang akademik, sahsiah terpuji dan kepimpinan yang berkualiti.
5.5 Berkongsi pengalaman diantara peserta bersama anak-anak masyarakat setempat khususnya untuk menjadi anak yang soleh

6 TARIKH

20 hingga 23 Disember 2009

7 TEMPAT

Kampung Sri Paya, Kulai Johor.








8 SASARAN

Ahli HALUANSISWA yng sedang belajar di IPT seluruh Malaysia dan berasal dari Johor (60 peserta)
Anak-anak ahli keluarga angkat penduduk Kg Sri Paya Kulai(30 peserta)
Remaja/Belia yang berminat berumur 14 tahun sehingga 20 tahun


9 KRITERIA PESERTA

9.1 Pelajar yang berdisiplin dan mampu memberi komitmen terhadap program yang akan dilaksanakan.
9.2 Pelajar yang berketrampilan dan berbakat menjadi pemimpin.
9.3 Pelajar yang mempunyai kesungguhan untuk meningkatkan keupayaan diri ke tahap maksima.

10 AKTIVITI

Antara aktiviti kemasyarakatan adalah

10.1 Membersih masjid, perkuburan orang ramai, gotong – royong membersih kawasan dan sebagainya.
10.2 Aktiviti lain yang boleh dilaksanakan ialah mengadakan bimbingan kepada kepada anak-anak masyarakat setempat yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM di tempat khidmah diadakan khususnya untuk menjadi anak yang soleh/solehah.
10.3 Membantu keluarga angkat melakukan kerja-kerja harian.
10.4 Bersama masyarakat mengikuti ceramah, bengkel dan Forum Perdana yang dianjurkan oleh HALUAN.
10.5 Bersama masyarakat menunaikan solat berjemaah di masjid atau surau.
10.6 Pemeriksaan kesihatan.
10.7 Melakukan kegiatan sukan, sukaneka dan kerja – kerja sosial dengan ahli masyarakat.
10.8 Mengadakan persembahan multimedia kepada masyarakat.


13 TENTATIF PROGRAM

AHAD, 20 DISEMBER 2009


MASA

AKTIVITI

10.00 PAGI
KETIBAAN PESERTA
SARAPAN

10.00 PAGI
URUSAN PENGINAPAN DAN BERSAMA KELUARGA ANGKAT TAKLIMAT PROGRAM

11.00 T.HARI
PERASMIAN

1.00 T.HARI
MAKAN TENGAH HARI
SOLAT ZOHOR

3.00 – 6.00 PTG
KKH Kesihatan
SOLAT ASAR & RIADAH

6.30 PTG
MINUM PTG

7.15 MLM
SOLAT MAGHRIB
SOLAT ISYA’

9.00 MLM
FORUM PERDANA
‘MEMBINA GENERASI MASA DEPAN – ASPIRASI BERSAMA’
OLEH :
1. PROF MADYA DR ABD HAKIM MOHAMAD (NAIB PRESIDEN HALUANMALAYSIA)
2. PROF DR AZIZAN AHMAD (Pensyarah UKM)
3. TN PEGAWAI AGAMA DAERAH KULAI



ISNIN,21 DISEMBER 2009


MASA

AKTIVITI

6.00 PG
SOLAT SUBUH
KULTUM SUBUH
GAYA HIDUP SIHAT DAN SARAPAN PAGI

9.00 PG – 12.00 TH
Pendaftaran Kem Perkhemahan

12.30 – 2.00 PTG
SOLAT ZOHOR

2.30 - 4.00 PTG
Aktiviti perkemahan

4.15 – 450 PTG
MINUM PETANG
SOLAT ASAR

5.00 PTG – 6.30 PTG
Aktiviti Perkemahan

6.45 PTG
MAKAN MALAM

7.15MLM
SOLAT MAGHRIB
WIRID ALMAATHURAT
SOLAT ISYA’

9.00 MLM – 10.30 MLM
MULTIMEDIA
Cerita / Dokumentari
Misi Kemanusiaan Padang




SELASA, 22 DISEMBER 2009


MASA

AKTIVITI

6.00 PG
SOLAT SUBUH
KULIAH SUBUH
GAYA HIDUP SIHAT DAN SARAPAN

9.00 PG – 12.00 T.H
ACARA KEM MOTIVASI UNTUK PELAJAR SEKOLAH RENDAH & SEKOLAH MENENGAH

12.30 – 2.00 PTG
SOLAT ZOHOR
JAMUAN TENGAH HARI

2.30 PTG
Bimbingan untuk menajdi Anak Soleh/Solehah

4.30 PTG
SOLAT ASAR

5.00 PTG – 6.30 PTG
CERAMAH : DADAH MUSUH NEGARA
OLEH : PENGASIH

6.45PTG
MAKAN MALAM KEM MOTIVASI

7.15 MLM
SOLAT MAGHRIB
KULIAH MAGHRIB -
SOLAT ISYA’

9.00MLM – 10.30 MLM
KEM MOTIVASI

Perasmian Penutup
dan
TAYANGAN MULTIMEDIA PROGRAM KHIDMAH 2009



RABU, 23 DISEMBER 2009


MASA

AKTIVITI

6.00PG
SOLAT SUBUH
KULIAH SUBUH
GAYA HIDUP SIHAT DAN SARAPAN

9.00 - 10.00
Penyerahan semula anak angkat

10.00 PG
Bersurai

2 comments:

Anonymous said...

saya nak copy contoh ni bole tak >? terima kasih .

susulemakmanis said...

boleh dibuat isi assignment ni..hehe..